Analisis soal-selidik

Untuk analisis soal-selidik, topik yang dipilih adalah “Penggunaan Perisian Pembelajaran Bahasa. Soal selidik ini boleh dilihat di sini.

survey 1

survey 2

survey 3Borang soal selidik

Ketika entri ini ditulis, seramai 11 orang responden telah menjawab soal selidik ini. Analisis jawap soal selidik adalah seperti di bawah:

1) Soalan 1.

1

Soalan 1 adalah mengenai butir-butir peribadi responden. Soalan ini bertujuan untuk menegnalpasti latarbelakang responden. Ia tidak mempunyai kesanyang besar kepada soal selidik ini,

2) Soalan 2

2

Soalan 2 adalah untuk mengetahui tapak web yang digunakan untuk mempelajari aspek sebutan bahasa. Berdasarkan jawapan responden, kesemua mereka menggunakan sekurang-kurangnya 1 tapak web, manakala 10 orang menggunakan 2 tapak web dan 9 orang menggunakan 3 tapak web. Ini menunjukkan bahawa terdapat kepelbagaian yang agak tinggi dalam pilihan laman web untuk mempelajari sebutan.

3) Soalan 3

3

Soalan 3 adalah berkenaan aspek perbendaharaan kata. Semua responden menggunakan sekurang-kurangnya 1 tapak web, 9 orang responden menggunakan sekurang-kurangnya 3 tapak web dan hanya seorang sahaja yang menggunakan 5 tapak web. Seperti aspek sebutan, aspek perbendaharaan kata juga mempunyai pilihan tapak web yang agak banyak.

4) Soalan 4

4

Untuk soalan 4, taburan datanya hampir sama dengan soalan 3, di mana semua responden menggunakan 1 tapak web dan 9 orang menggunakan 3 tapak web. Perbezaannya hanya pada jumlah responden yang menggunakan 4 dan 5 tapak web.

5) Soalan 5

5

Soalan 5 yang berkaitan dengan aspek semantik menunjukkan taburan jawapan yang sangat-sangat menyerupai soalan 4. Semua jawapan adalah sama, kecuali untuk penggunaan 5 tapak web, di mana soalan 5 mempunyai 3 responden, manakala soalan 4 hanya 2 responden sahaja.

6) Soalan 6

6

Soalan 6 yang menyoal tentang aspek pragmatik mempunyai taburann jawapan yang sama seratus peratus dengan Soalan 5 yang menyoal tentang aspek semantik. Kedua-dua aspek ini berkaitan antara satu sama lain, maka tidak hairanlah taburan jawapan yang betul-betul sama.

7) Soalan 7

7

Untuk soalan 7, walaupun ia tidak dinyatakan di sini, tetapi kebanyakan responden memberi jawapan yang sama. Untuk sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasa, kebanyakan dari mereka menjawab ‘buku ilmiah’. Manakala untuk semantik dan pragmatik pula, jawapan yang paling kerap diberi ialah ‘kamus’.

8) Soalan 8

8a 8b

Soalan 8 bertanyakan tentang kaedah yang digemari oleh responden untuk belajar bahasa. Kaedah yang paling digemari responden ialah tenaga pengajar (guru) dan bahan bercetak, dengan 9 orang memilih kedua-dua kaedah ini. Kaedah yang paling tidak digemari ialah menggunakan cakera audio. Kaedah ini hanya dipilih oleh 2 orang responden.

9) Soalan 9

9

Semua responden mempelajari sekurang-kurangnya 1 bahasa asing, dan hanya seorang sahaja responden yang tidak mempelajari 2 bahasa asing. Dan hanya seorang sahaj responden yang mempelajari lebih dari 3 bahasa asing. Ini menunjukkan bahawa tidak ramai orang boleh belajar banyak bahasa asing dalam suatu-suatu masa yang sama.

10) Soalan 10

10a 10b

Untuk soalan 10, pelbagai jawapan telah diberi oleh responden. Akan tetapi, kita boleh lihat bahawa terdapat 3 tujuan utama mereka belajar bahasa asing: keranan minat; untuk mendapatkan pekerjaan; dan untuk menguatkan kemahiran berbahasa. Terdapat juga responden yang mempelajari bahasa asing sesbuah negara kerana ingin ke negara tersebuat. Walau apa pun sebabnya, jelas dilihat terdapat banyak sebab untuk belajar bahasa asing.

Demikian merupakan analisis kepada soal selidik yang telah saya lakukan. Dari soal selidik ini, saya telah mendapat pelbagai maklumat baru yang bermanfaat mengenai cara pembelajaran bahasa seseorang itu.