Pengenalan SKBL2113

Pengenalan kursus

1.0 Objektif kursus

Di akhir kursus ini, pelajar yang mengambil kursus SKBL 2113 sudah boleh:

1. Mengenalpasti dan menggunakan perisian yang diperkenalkan untuk melakukan analisis linguistik dan menghuraikan persoalan linguistik yang diberikan.

2. Membincangkan dan menilai kelemahan dan kekuatan perisian yang telah diperkenalkan untuk tujuan analisis linguistik.

3. Menyiasat dan menghuraikan persoalan linguistik dengan menggunakan perisian-perisian tersebut.

2.0 Sinopsis kursus

Kursus ini merupakan pengenalan kepada penggunaan atau aplikasi komputer dalam linguistik dan kajian bahasa. Fokus dan kandungan kursus ini ialah bagaimana komputer dapat digunakan dalam kajian linguistik dan juga kajian kemanusiaan berdasarkan teks. Pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja dan analisa, serta melakukan analisa data bahasa yang banyak yang mungkin sukar atau lambat dilakukan tanpa penggunaan komputer akan dibincangkan. Pelajar akan diberi pendedahan tentang cara menggunakan perisisan komputer untuk menganalisis kajian bahasa berdasarkan bidang yang dipilih sendiri oleh setiap pelajar.

3.0 Penilaian kursus
– Tugasan statistik (10%)
– Projek (Kajian Kes) (50%)
– Blog (10%)
– Final exam (30%)

Jumlah = 100%