Nota Kuliah

Sebagai bantuan untuk menyiapkan blog bagi kursus SKBL2113 Aplikasi Komputer dalam Kajian Linguistik, beberapa sesi kuliah telah diadakan untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan kursus ini kepada pelajar. Kuliah-kuliah tersebut disampaikan oleh Dr. Zulkifli Bin Ahmad secara multimedia, di mana salinan untuk bahan-bahan kuliah berkenaan boleh diakses dan dimuat turun oleh pelajar-pelajar melalui laman web portal pelajar UKM iaitu iFolio.   Tajuk-tajuk kuliah yang telah disampaikan adalah seperti berikut:

  •  Panduan menggunakan AntConc

Kuliah ini membincangkan cara-cara penggunaan perisian concordance, seperti AntConc. Concordance merupakan kajian berdasarkan teks (juga dikenali sebagai “korpus) yang telah dibina secara khusus mengenai sesuatu bidang dan AntConc ialah perisian yang digunakan untuk memudahkan kajian korpus berkenaan. Perisian ini menunjukan kekerapan penggunaan perkataan dalam sesebuah korpus, senarai perkataan yang digunakan, dan kolokasi teks, iaitu kedudukan sesuatu perkataan dan perkataan yang bersebelahan dengannya dalam frasa atau ayat. Dengan adanya kuliah ini, pelajar dapat mengetahui kaedah untuk menggunakan AntConc dengan lebih terperinci.

  • CALL

CALL, atau nama penuhnya Computer Assisted Language Learning,  adalah perbincangan tentang kaedah untuk meningkatkan kemahiran dalam proses mempelajari bahasa dengan menggunakan perisian-perisian komputer. Banyak kajian telah dijalankan untuk meneliti kesesuaian penggunakan komputer dalam pembelajaran bahasa dan banyak syarikat multimedia telah membangunkan pelbagai perisian untuk tujuan ini. Dalam kuliah ini, maklumat mengenai perisian-perisian ini dan faedah mereka dalam pembelajaran bahasa telah disampaikan. Selain itu, perisian-perisian ini juga diharap mampu membantu pelajar dalam merancang strategi dan teknik pembelajaran mereka.

  • Pernyataan Masalah Penyelidikan

Oleh kerana blog WordPress untuk kursus SKBL2113 Aplikasi Komputer dalam Kajian Linguistik disampaikan menggunakan format tesis, pelajar perlu membiasakan diri dengan komponen-komponen yang terdapat dalam tesis untuk menyediakan blog mereka dengan baik. Kuliah ini menerangkan mengenai cara menulis permasalahan kajian yang tepat dan jelas. Permasalahan kajian perlu ditulis dengan betul kerana keseluruhan kajian itu akan dilakukan berasaskan penyataan masalah. Jadi, kuliah ini dapat memberikan maklumat yang relevan berkenaan cara-cara membina masalah kajian, bermula daripada tajuk kajian hingga sumbangan kajian itu kepada masyarakat.

  • Using Corpora in Linguistics

Topik utama kuliah ini adalah Linguistik Korpus. Seperti yang telah diterangkan di atas, korpus ialah kajian berdasarkan teks. Jadi, linguistik korpus adalah kajian saintifik mengenai kandungan teks tersebut, sama ada perkataan di dalamnya, struktur ayat, atau makna denotasi dan konotasi dalam teks tersebut. Linguistik korpus dibincangkan secara menyeluruh dalam kuliah ini.Untuk menjalankan kajian linguistik korpus, perisian kumputer iaitu concordance perlu digunakan. Salah satu contoh perisisan concordance ialah AntConc. Dengan menggunakan AntConc, data-data dalam korpus dapat diteliti dan dianalisis dengan lebih mudah dah lengkap, selain daripada mengurangkan ruang untuk berlakunya kesilapan dalam analisis.

  • Language Learning with Technology

Kuliah ini adalah lanjutan umum kepada CALL yang telah dibincangkan pada kuliah terdahulu. Kuliah ini menerangkan secara ringkas tentang teknologi dalam pembelajaran bahasa . Ia menunjukan sejarah dan peranan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah. Selain itu, nota ini juga membincangkan bagaiman CALL boleh diamalkan secara praktikal dan berkesan dalam bilik darjah, serta kesan positif dan negatif CALL jika digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa.

Semua nota-nota untuk kuliah boleh dimuat turun di laman iFolio kursus ini. Tetapi, hanya pelajar yang mendaftar untuk kursus SKBL2113 Aplikasi Komputer dalam Kajian Linguistik sahaja yang boleh mengakses laman tersebut.

Tinggalkan komen