SoundCloud

SoundCloud adalah sebuah laman sosial yang membolehkan seseorang itu memuat naik lagu yang telah dihasilkan untuk didengari oleh para pengguna. SoundCloud dilihat sebagai medan untuk pemuzik dan penyanyi bebas memaparkan karya mereka, disamping mencari peminat baru tanpa perlu melalui proses-proses yang perlu dilalui oleh pemuzik profesional. Perkhidmatan SoundCloud yang percuma juga menjadi sebab kenapa ramai yang menggunakannya.

SoundCloud juga boleh dimanfaatkan untuk pembelajaran bahasa. Oleh kerana SoundCloud ialah laman web yang berkonsepkan  “perkongsian fail”, pengguna boleh memuat naik rakaman berbentuk lagu, puisi, rakaman dialek atau bahasa untuk digunakan dan dikongsi dimanfaatkan dalam kajian bahasa.

WordPress mempunyai fungsi sokongan penuh dengan SoundCloud. Ini bermakna sebarang fail audio yang telah dimuat naik ke SoundCloud boleh digunakan di WordPress dengan mudah.

Membuat akaun SoundCloud

1) Sebelum menggunakan SoundCloud, pengguna perlu mendaftar di www.soundcloud.com sebagai pengguna. Pengguna boleh mendaftar SoundCloud secara manual atau menggunakan akaun Facebook.

https://blog.soundcloud.com/wp-content/uploads/2012/12/vY4oMlYw2QXzhw2-dQx7itNFHiynVifb4RtV8OEraa4.jpeg

Laman utama SoundCloud

2) Selepas mendaftar masuk, papan pemuka SoundCloud akan terpapar. Di sini, terdapat pelbaga lagu dan rakaman-rakaman pengguna SoundCloud yang boleh dilihat oleh pengguna. Pengguna boleh memainkan apa sahaja lagu yang diingin selain boleh mencari rakan-rakan yang mempunyai akaun SoundCloud dan terus mengikuti perkembangan mereka.

https://i0.wp.com/webmove.org/uploaded_images/2010/03/soundcloud-dashboard.jpg

Papan pemuka akaun SoundCloud

Terdapat banyak lagi ciri-ciri pada SoundCloud seperti “tracks”,  dan “upload and share”.  “Tracks” ialah ciri yang membolehkan sebarang bentuk rakaman,  sama ada lagu, bacaan puisi, runut bunyi dan sebagainya dimuat naik dan dapat dimainkan oleh pengguna-pengguna SoundCloud. “Upload and Share” pula merupakan ciri yang membenarkan pengguna merekod rakaman dan kemudian memuat naik rakaman-rakaman tersebut. Selain itu, rakaman-rakaman tersebut juga boleh dikongsikan ke laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google+, WordPress, Blogspot dan sebagainya.

Sekian untuk entri kali ini. Bertemu lagi dalam entri seterusnya! :)

LAME

LAME ialah singkatan kepada ” Lame Ain’t an MP3 Encoder “. LAME ialah sebuah perisian yang digunakan untuk menukarkan sesuatu rakaman audio ke dalam format MP3.

Secara teknikal, Lame bukanlah sebuah perisian, tetapi lebih kepada ciri tambahan kepada Audacity untuk kerja-kerja memproses fail MP3. Dengan kata lain, sekiranay seseorag itu tidak mempunyai perisian Audacity, dia tidak boleh menggunakan LAME.

Antara kegunaan LAME ialah:

1. Mengubah sebarang fail audio kepada fail MP3.

2. Menukar kualiti fail MP3.

3. Membuat nada dering telefon.

Untuk entri ini, kita akan melihat cara LAME diaplikasikan untuk membuat nada dering telefon.

1) Muat turun Audacity (http://audacity.sourceforge.net/download/) dan LAME (http://lame1.buanzo.com.ar/)

2) Buka fail audio yang dikehendaki.

https://i0.wp.com/en.flossmanuals.net/audacity/exporting/_booki/audacity/static/Audacity-Audacity_open_01_1-en.jpg

3) Potong fail audio yang dikehendaki. Cara memotong audio boleh dilihat di sini

4) Pergi ke menu “File” dan pilih Export as an MP3″. Audacity akan mengesan LAME (seperti rajah di bawah). Namakan fail audio mengikut keinginan anda.

https://i0.wp.com/www.zemirotdatabase.org/lameLibsmall.jpg

5) Hantar fail yang telah disimpan tadi ke telefon bimbit anda. Fail tadi kini boleh digunakan sebagai nada dering.

LAME merupakan sebuah sambungan kepada Audacity yang sangat kompleks. Untuk kajian analisis bahasa, tidak semua fungsi dalam LAME akan digunakan. Fungsi-fungsi lain hanya digunakan oleh golongan profesional yang bekerja dengan bunyi, seperti pemuzik, jurutera bunyi, pengarah akustik dan lain-lain. Akan tetapi, tiada salahnya kita mempelajari cara asa penggunaan LAME kerana ia banyak membantu dalam kajian analisis bahasa.

Sekian untuk entri kali ini. Bertemu lagi dalam entri seterusnya! :)

Audacity

Audacity ialah sebuah perisian perakam dan pengedit audio yang sangat berguna untuk sesiapa yang melakukan kerja-kerja berkaitan dengan audio. Perisian ini boleh didapati secara percuma. Walaupun ianya merupakan sebuah perisian tidak berbayar, namun kemampuannya untuk melakukan pelbagai tugas-tugas berkaitan audio adalah sangat mengagumkan. Audacity mampu untuk menganalisis apa juga jenis rakaman, sama ada berbentuk lagu, rakaman perbualan dan sebagainya. Audicity juga boleh digunakan untuk memotong rakaman yang terlalu panjang dan menjadikannya bahagian-bahagian yang lebih pendek jangka masanya.  Antara fungsi-fungsi Audicity ialah:

1. Merakam audio secara langsung.

2. Menukarkan rakaman biasa ke dalam bentuk rakaman digital seperti CD.

3. Menukarkan kelajuan atau kenyaringan bunyi sesuatu rakaman

Antaramuka Audacity agak mengelirukan bagi pengguna baru, jadi seseorang yang belum pernah menggunakannya mungkin memerlukan sedikit bantuan dan latihan sebelum boleh menggunakan Audacity secara efektif.

Untuk memuat turun Audacity, pengguna perlu ke laman web http://audacity.sourceforge.net/download/ . Versi terbaru Audacity ialah versi 2.0.3 dan boleh digunakan di pelantar Windows, Mac, atau Linux.

Cara-cara mengedit fail audio menggunakan Audacity.

1)Buka fail audio yang dikehendaki.

https://i0.wp.com/en.flossmanuals.net/audacity/exporting/_booki/audacity/static/Audacity-Audacity_open_01_1-en.jpg

2) Baiki fail audio anda. Sekiranya audio itu terlalu panjang, anda boleh membuang bahagian yang tidak dikehendaki dengan cara berikut: Gunakan “Selection Tool” dari toolbar. Pilih bahagian yang hendak digunakan. Pilih “Loop Playback” ( kekunci Shift-Space) dan dengar pilihan anda untuk memastikan ianya telah dipilih dengan betul. Pergi ke menu Edit, pilih “Remove Audio”, kemudian pilih “Trim” (kekunci CTRL+T ). Bahagian yang tidak dipilih akan dibuang dan hanya bahagian yang dikehendaki akan tinggal.

3) Tukar kelajuan audio. Tarik “Playback Speed slider” ke kiri untuk memperlahankan audio dan ke kanan untuk melajukannya. Apabila kelajuan yang dikehendaki telah dipilih, tekan butang hijau “Playback at Speed”. Audio kini telah berubah ke kelajuan yang dikehendaki.

4) Pilih cara melihat audio. Cara asal ialah linear. Audio juga boleh dilihat secara waveform (dB), spektogram atau nada.

Ini adalah audio yang dilihat secara spektogram.

5) Menyenyapkan audio. Jika terdapat lebih dari satu audio yang sedang dimainkan, klik butang “Mute” di kawasan “Track control”  di sebelah kiri skrin.

Banyak lagi fungsi yang dimiliki oleh Audacity. Bergantung kepada jenis data, kaedah analisis, tujuan kajian, dan sebagainya, tidak semua fungsi Audacity perlu digunakan. Apa yang dipertontonkan dalam entri ini adalah sebahagian kecil kegunaan Audacity.

Sekian untuk entri kali ini. Bertemu lagi dalam entri seterusnya! :)

WordPress

Apa itu WordPress?

WordPress merupakan lama web blog bebas dan percuma yang diasaskan oleh Matt Mullenweg dan Mike LittleIt pada 27 Mei 2003.. Ia mempunyai banyak ciri-ciri termasuk rekabentuk dalaman dan templat sistem . WordPress digunakan oleh lebih daripada 14.7% daripada pengguna Internet. Kini, WordPress merupakan antara sistem blog yang paling popular di seluruh duni, sebaris dengan Blogspot dan Coolblog.

Untuk kursus SKBP 1023, WordPress adalah pelantar yang digunakan untuk pelajar melakukan tugasan dan pensyarah menyemak tugasan tersebut. Kaedah ini mempunyai pelbagai faedah, antaranya:

1. Mengurangkan penggunaan kertas.
2. Memudahkan dan mempecepatkan pelajar menyiapkan dan juga menyenangkan tugas pensyarah untuk menyemak tugasan pelajar.

3. Bersesuaian dengan objektif kursus, iaitu untuk meningkatkan kemahiran penggunaan IT di kalangan pelajar.

4. Menggalakkan pelajar berkongsi idea dan berbincang antara satu sama lain untuk menyiapkan tugasan.

WordPress mempunyai antaramuka yang agak mudah digunakan. Pengguna baru tidak akan mengalami banyak kesulitan untuk memahirkan diri untuk menggunakan laman web ini.

Cara menggunakan WordPress.

1. Layari laman web utama WordPress (http://wordpress.com) dan klik pada “Get Started”.

2. Isikan butir-butir peribadi seperti yang diperlukan (lihat gambar).

3. Selepas semua maklumat telah selesai diisi, sebuah e-mel akan dihantar kepada anda. Buka e-mel berkenaan dan klik pada pautan yang diberi untuk mengaktifkan akaun anda.

4. Berikan tajuk yang sesuai untuk blog anda. Kemudian, sertakan sekali tagline dan bahasa yang anda ingin gunakan di WordPress anda.

5. Pilih tema yang bersesuaian. Tema akan mempengaruhi susun atur dan latar belakang blog anda serta memberi satu rasa yang unik dan menarik kepada pembaca.

6. Susun widget anda. Bergantung kepada tema yang anda pilih, widget anda mungkin berada di kanan atau kiri laman web (kebiasaannya di sebelak kanan). Pilih widget yang anda ingin letak di blog anda.

7. Sekarang, anda sudah boleh mula membuat entri untuk blog anda. Di bahagian atas kanan lama web, anda akan lihat satu pautan yang bertulis “New Post”. Klik di sini dan kemudian pilih apakah jenis entri yang anda inginkan.

Tips

  • Ramai penulis blog profesional memilih untuk mempunyai blog WordPress sendiri yang terletak di domain mereka sendiri (Contoh: example.com bukan example.wordpress.com). Untuk ini, anda perlu pergi ke WordPress.org (“.org” dan bukannya “.com” dalam nama domain biasa) atau mencari syarikat yang akan menyediakan WordPress untuk anda.
  • Jika anda mempunyai soalan lain yang lebih mendalam mengenai WordPress, anda boleh layari http://www.wordpress.com dan klik pada “Support”. Di sini terdapat beberapa artikel dan video yang boleh membantu anda memahami WordPress secara lebih terperinci.
  • WordPress sentiasa menambah tema baru untuk dipilih. Anda boleh menukar teman anda kepada sesuatu yang lebih menarik daripada tema kini blog anda.

Sekian untuk entri kali ini. Bertemu lagi dalam entri seterusnya! :)

Font

Dalam pembelajaran bahasa, terutamanya linguistik, penggunaan simbol fonetik IPA (International Phonetic Alphabet) adalah sangat penting, terutamanya untuk memastika penghasilan sebutan yang tepat. Oleh yang demikian, font yang digunakan untuk kursus SKBp 1023 perlulah mampu memaparkan simbol fonetik dengan betul.

Terdapat banyak laman web simbol fonetik percuma di Internet. Salah satu daripadanya ialah http://ipa.typeit.org/ (lihat gambar di bawah). Laman web ini digunakan untuk menaip simbol-simbol fonetik yang tidak terdapat pada papan kekunci biasa seperti simbol ʃ, θ, ʒ, dan ð dengan lebih mudah dan cepat.

https://i0.wp.com/1.bp.blogspot.com/-sp7yL9HLQYg/TqBXwDeDfXI/AAAAAAAAACU/qfUATXUtljA/s1600/IPA+TypeIt+Full.png

Untuk kegunaan komputer peribadi pelajar, pelajar boleh memuat turun font-font yang boleh memaparkan simbol fonetik di dalam perisian seperti Microsoft Word, OpenOffice Write, dan WordPad. Contoh font yang sesuai untuk tugas ini adalah Arial Unicode, Lucida Sans Unicode, Charis SIL,  dan Doulos SIL. Di antara tiga font ini, Charis SIL dikatakan dapat memaparkan simbol fonetik dengan paling cantik dan kemas.

https://i0.wp.com/web.cortland.edu/flteach/mm-course/phon-insert.jpg

Simbol fonetik menggunakan Arial Unicode

https://i0.wp.com/www.phon.ucl.ac.uk/home/wells/v-test.gif

Perbandingan  simbol fonetik antara 4 font terpilih. Dapat dilihat bahawa Charis SIL memaparkan simbol fonetik secara paling kemas dan cantik.

Kesimpulannya, penggunaan laman-laman web simbol fonetik dan font-font yang boleh memaparkan simbol fonetik akan banyak memudahkan pelajar untuk menghasilkan transkripsi fonetik.

Sekian untuk entri kali ini. Bertemu lagi dalam entri seterusnya! :)

Video

Menurut Kamus Dewan, video “adalah teknologi untuk menangkap, merakam, memproses, mentransmisi dan menata gambar yang bergerak menggunakan alat atau peranti digital. Secara umunya, jenis video yang paling kerap kita temui ialah filem atau drama TV. Akan tetapi video bukan sahaja menjadi medium hiburan semata-mata, malah boleh juga digunakan dalam proses pembelajaran.

Laman web video yang paling terkenal di dunia adalah YouTube. Untuk kursus SKBP 1023, YouTube akan digunakan untuk memaparkan sebarang video yang berkaitan dengan kursus ini.

Apa itu YouTube?

YouTube ialah lamab web perkongsian video yang dicipta oleh Steve Chen, Chad Hurley dan Jawed Karimpada Februari 2005. Di sini, pengguna boleh memuat naik, menonton dan berkongis video. Pada bulan November 2006, YouTube telah dibeli oleh Google untuk $ 1.65 bilion, dan beroperasi sebagai sebuah anak syarikat Google sejak tarikh itu.

Penggunaan YouTube adalah percuma, akan tetapi, untuk memuat naik, menonton dan berkongis video, pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu. Pendaftar ini juga adalah secara percuma. Oleh kerana YouTube kini adalah anak syarikat Google, semua pemilik akaun Google akan turut boleh mengakses YouTube melalui akaun Google mereka.

https://i0.wp.com/pleasedproductions.com/wp-content/uploads/2012/11/UsernameVProfileName.png

Contoh laman akaun YouTube

Penggunaan video dalam proses pembelajaran adalah sangat berkesan kerana video itu sendiri adalah gabungan antara audio dan grafik. Oleh yang demikin, pelajar akan lebih tertarik untuk menonton video dan seterusnya lebih mudah memahami isi kandungan pelajaran dalam video tersebut. Untuk menggunakan YouTube dalam prose pembelajaran, apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer dan sambungan Internet yang stabil. Mudah bukan?

Sekian untuk entri kali ini. Bertemu lagi dalam entri seterusnya! :)

Grafik

Menurut Kamus Dewan, grafik membawa maksud “sesuatu yang berkaitan dengan lukisan ataupun ukiran.” Grafik merupakan antara media yang paling utama digunakan dalam sesuatu aplikasi multimedia. Penggunaan grafik adalah  berperanan untuk menonjolkan keindahan atau kecanggihan senibina sesebuah program multimedia dan  juga berperanan sebagai  sumber penyampaian maklumat yang amat berkesan kepada khalayak.

Grafik memaparkan sebarang maklumat secara visual yang sukar untuk disampaikan dalam bentuk teks atau audio. Dengan cara ini, maklumat dapat disampaikan dengan lebih berkesan kerana segala bentuk maklumat yang diterima oleh manusia melalui penglihatan adalah lebih mudah diterima secara terperinci dan ianya mempunyai ketahanan yang tinggi selain lebih mudah diingati.

Paza zaman dahulu, grafik hanya dihasilkan menggunakan kaedah manual seperti penggunaan berus dan kanvas tetapi oleh kerana perkembangan teknologi yang semakin pesat , dunia grafik turut tidak ketinggalan mencapai pembaharuan yang selari dan seiring dengan perkembangan zaman dan aliran teknologi semasa. Bergantung kepada faktor-faktor tertentu, setiap perisian grafik mempunyai kegunaan dan ciri-ciri yang berbeza. Beberapa contoh perisian grafik yang biasa digunakan ialah :

1. Microsoft Paint.

https://i0.wp.com/upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/e/e5/Microsoft_Paint_screenshot.png/300px-Microsoft_Paint_screenshot.png

2. Photoscape

https://i0.wp.com/inspirasigue.com/wp-content/uploads/2013/03/Free-Download-Photoscape.jpg

3. Adobe Photoshop

https://i0.wp.com/img.brothersoft.com/screenshots/softimage/a/adobe_photoshop-59748-1.jpeg

4. Xara Designer

https://i0.wp.com/blogs.sitepointstatic.com/images/tech/379-xara-web-designer-screen-large.png

5. AutoCad

https://i0.wp.com/i.udm4.com/screenshots_u4win/3211/3211280_1.jpg

Prose pembelajaran bahasa amat memerlukan penggunaan grafik. Melalui grafik, sesuatu maklumat dapat disampaikan dalam bentuk yang lebih menarik. Seseorang pelajar dapat mengingati maklumat yang disampaikan melalui grafik dengan lebih baik. Antara golongan yang kerap menggunakan grafuk dalam prosse pembelajaran ialah guru-guru pra-sekolah. Akan tetapi, kegunaan grafik tidak terhad pada peringkat itu sahaja. Ia juga digunakan di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti. Tidak dapat dinafikan, grafik adalah medium yang sangat penting dalam penyebaran maklumat dan prose pengajaran dan pembelajaran.

Sekian untuk entri kali ini. Bertemu lagi dalam entri seterusnya! :)

Audio

Audio – Audacity, Lame dan SoundCloud

Untuk kursus SKBP 1023, terdapat tiga perisian/laman web yang akan digunakan: Audacity, Lame dan SoundCloud. Kita akan melihat secara lebih terperinci tentang ketiga-tiga bahan ini dalam entri-entri yang akan datang. Untuk kali ini, kita akan membincangkan kepentingan audio dalam kajian bahasa.

Secara ringkas, penggunaan bahan-bahan ini dapat membantu dalam pembelajaran bahasa. Telah dinyatakan sebelum ini bahawa penggunaan komputer telah memudahkan proses mengkaji dan menganalisis data bahasa. Penggunaan Audicity, Lame dan SoundCloud untuk menganalisis rakaman ucapan atau kata-kata yang diungkap oleh responden adalah satu cara yang baik kerana ianya lebih mudah dan cepat.

Selain itu, output yang dihasilkan oleh ketiga-tiga bahan ini lebih mudah disimpan dan seterusnya diterbitkan di laman web atau blog penganalisis data tersebut. Ini memudahkan sesiapa yang dengan dapatan analisis kajian ini untuk melihat dapatan tersebut.

Sekian untuk entri kali ini. Bertemu lagi dalam entri seterusnya! :)

EDIT: Pautan untuk artikel mengenai Audacity, LAME dan SoundCloud

Concordance

AntConc merupakan perisian yang digunakan untuk melihat kekerapan penggunaan perkataan dan frasa yang terdapat dalam sesebuah teks dengan lebih mudah dan cepat. Kekerapan penggunaan perkataan dan frasa oleh seseorang menunjukkan tahap ketinggian kosa kata seseorang itu. Dengan menggunakan perisian AntConc, sesuatu teks itu boleh dianalisis dengan lebih mudah dan seterusnya maklumat yang diperolehi daripada analisi tersebut boleh digunakan untuk mengkaji tahap ketinggian kosa kata orang yang menghasilkan teks tersebut.

AntConc boleh diperolehi secara percuma dengan cara memuat turun dari halaman http://www.antlab.sci.waseda.ac.jp/software.html

Fail yang dimuat turun adalah dalam format .exe, bermakna ia tidak perlu di-install. Ia boleh terus digunakan.

CARA-CARA MENGGUNAKAN ANTCONC

1. Buka perisian AntConc

2. Klik pada “File> Open.”

3. Pilih fail yang ingin dianalisis. Suka diingatkan bahawa AntConc hanya mampu menganalisis fail berformat .txt,  jadi sekiranya teks yang ingin dianalisis adalah dalam format lain (.doc, .rtf, dan sebagainya), teks tersebut perlu ditukar ke format .txt terlebih dahulu.

4. Setelah fail .txt itu dibuka oleh AntConc, segala statistik mengenai teks tersebut akan dipaparkan. Antara statistik yang dipaparkan adalah apakah perkataan-perkataan yang digunakan, berapa kekerapan pengunaan perkataan itu, dan sebagainya.

5. Untuk mencari sesuatu perkataan tertentu, kita boleh menaip perkataan itu pada ruang yang disediakan dan seterusnya klik “enter” pada papan kekunci atau klik pada “start” yang di AntConc. Kemudian AntConc akan memaparkan secara jelas dan terperinci mengenai lokasi, kekerapan dan cara perkataan itu digunakan.

Mudah bukan? Dengan AntConc, kita tidak perlu lagi meneliti sesebuah teks secara manual untuk menganalisis teks berkenaan. Ternyata dengan wujudnya perisian seperti ini, proses analisis teks telah menjadi lebih mudah dan pantas.

Sekian untuk entri kali ini. Bertemu lagi dalam entri seterusnya! 🙂

SurveyMonkey

SurveyMonkey ialah satu laman web percuma yang boleh digunakan oleh semua orang untuk membuat soalan kajian atau tinjauan berasaskan web mengenai sesuatu topik atau isu. SurveyMonkey amat sesuait digunakan oleh pelbagai pihak, terutamanya pelajar. Format yang digunakan oleh SurveyMonkey adalah lebih mesra pengguna dan memudahkan pengguna untuk membuat soal selidik. SurveyMonkey menyediakan 2 jenis perkhidmatan yang berbeza: Untuk akaun percuma; serta untuk akaun premium yang mempunyai ciri-ciri tambahan yang tiada pada akaun percuma.

surveymonkey_homepage-550x264

Laman utama SurveyMonkey.

CARA-CARA MENGGUNAKAN SURVEY MONKEY

1) Layari laman utama SurveyMonkey di http://www.surveymonkey.com/. Sebelum menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat 2 jenis akaun, iaitu akaun percuma dan akaun premium. Untuk kursus SKBP 1023 ini, akaun percuma sudah mencukupi.

2) Selepas mendaftar, pengguna boleh mula membuat soal selidik. Untuk membuat soalan-soalan kajian, klik pada butang “Create survey”.

3) Tuliskan tajuk soalan kajian anda, dan pilih templat yang bersesuaian dengan isi kandungn soal selidik anda.
4) Klik pada tab “Collect responses” di bahagian atas halaman. Ini adalah cara untuk anda mengumpul maklumat dari soal selidik yang anda buat.
5) Pilih cara yang anda mahukan. (Dalam contoh ini, pengguna memilih untuk menghasilkan pautan yang boleh dihantar melalui e-mel atau diposkan di laman web lain)
6) Klik pada butang “Next Step”.
Pautan ke soalan kajian anda akan dipaparkan. Anda boleh menyalin dan kemudian menampal pautan ini di mana-mana tempat yang bersesuaian (Facebook, Twitter, e-mel, laman web peribadi dan lain-lain)
7) Setelah proses di atas selesai, anda boleh mula mencipta soalan-soalan kajian anda.Perlu diingatkan bahawa terdapat beberapa etika yang perlu dipatuhi ketika membuat soal selidik.
  • Apabila membuat kajian, pastikan soalan-soalan yang dibuat adalah relevan. Jangan cuba untuk mendapatkan maklumat yang menyeleweng atau mereka yang menjawab soalan kajian akan berasa kurang senang.
  • Cara yang terbaik untuk mendapatkan respon dari orang ramai ialah dengan merahsiakan identiti penjawab soal selidik – melainkan anda benar-perlu mendapatkan nama mereka. Jika anda mengambil nama mereka, pastikan anda akan mengekalkan kerahsiaan nama-nama mereka tanpa diketahui pihak-pihak lain.
  • Soalan kaji selidik yang berkesan ialah soalan yang ringkas, mudah, relevan dan senang difahami.
  • Letakkan soalan-soalan sensitif atau kontroversi pada akhir soal selidik – penjawab soal selidik lebih cenderung untuk tidak menamatkan soal selidik jika soalan-soalan ini muncul di awal soal selidik.  Tanya soalan-soalan yang mudah dan menarik di bahagian hadapan.
  • Elakkan dari menyemakkan ruang soal selidik. Gunakan ruang putih dan hanya tanya satu soalan untuk setiap baris.
  • Uji soal selidik sebelum anda menghantarnya kepada penjawab. Ini membolehkan anda mencari apa-apa yang tidak masuk akal dengan soal selidik anda. Berikan soal selidik ini kepada beberapa orang kawan atau ahli keluarga untuk melihat jawapan mereka.

Sekian untuk entri kali ini. Bertemu lagi dalam entri seterusnya! :)