Pengenalan Kursus

Kursus SKBP 1023 Bahasa Dan Teknologi Maklumat ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap kepentingan teknologi komunikasi dan maklumat dalam masyarakat dan aplikasinya dalam pembelajaran serta analisis bahasa. Tumpuan utama kursus ini ialah teori Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) [Computer Aided Language Learning (CALL)] dan penggunaan perisian-perisian aplikasi dalam pembangunan empat kemahiran bahasa iaitu:

  1. mendengar
  2. bertutur
  3. membaca (dan mefahami)
  4. menulis.

Kursus ini memperkenalkan bahan pembelajaran berasaskan web serta pembuatan blog untuk membangunkan kemahiran bahasa. Penggunaan program ‘concordance’ diperkenalkan supaya analisis struktur bahasa dapat dilakukan dengan lebih mudah. Selain itu, kursus ini juga membantu pelajar mengenalpasti persamaan dan perbezaan bahasa atas talian yang digunakan dalam portal dan komunikasi berperantaraan komputer. Kaedah menjalankan penyelidikan berkaitan bahasa dan teknologi maklumat menggunakan pangkalan data dan jurnal atas talian juga diajar dalam kursus ini.

OBJEKTIF KURSUS

Selepas menjalani kursus ini, pelajar seharusnya mampu:

  • Mengaplikasi penggunaan komputer sebagai medium komunikasi.
  • Mengenalpasti laras bahasa atas talian yang betul.
  • Mengaplikasi program “concordance” untuk penggunaan kata kunci dalam konteks
  • Menghasilkan blog bagi tujuan penulisan kreatif.

Antara perisian-perisian dan laman web yang akan digunakan dalam kursus ini adalah:

  1. WordPress
    1
  2. SoundCloud
    2
  3. SurveyMonkey
    3
  4. YouTube
    4
  5. AntConc
    5
  6. Audacity dan Lame
    6
    7

Sekian untuk entri kali ini. Bertemu lagi dalam entri seterusnya! 🙂

Course Evaluation for SKBP1023 BAHASA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

A.    Task Evaluation (30%)

1.    Subscribe to WordPress to create a blog (5%)
2.    Subscribe to SoundCloud online application softwares to upload audio files (5%)
3.    Subscribe to SurveyMonkey to conduct an online survey (5%)
4.    Subscribe to YouTube to upload video files  (5%)
5.    Download Charis Sil font and AntConc to install them in your own computer (5%)
6.    Download Audacity and Lame to install them in your own computer (5%)

B.    Project Evaluation (40%)

Students are instructed to present a language project on WordPress blog consisting of:

1.    Ten words spoken in local dialects – 10 marks.
2.    Conduct a questionnaire consisting of 10 items using SurveyMonkey to determine offline and online electronic sources that local students are using to learn pronunciation, vocabulary, grammar, semantic or pragmatic aspect of a language – 10 marks.
3.    Using AntConc, determine 10 different words either content words (nouns, verbs, adjective or adverb) or function words (Determiner, Pronoun, Auxiliary, Conjunction, Qualifier, Interrogative, Preposition, Expletive or Particle) found in the audio recording of your respondent – 10 marks.
4.    Present all findings in your WordPress blog – 10 marks

C.    Final Examination (30 marks)

All questions derived from lecture notes uploaded in iFolio
1.    10 questions in True/False format
2.    10 questions in Multiple Choice Question format
3.    5 questions in Fill in the Blank format
4.    5 questions in Short Answer format