Kajian Literatur

2.1 Pengenalan

Dalam Bab 2, sedikit maklumat yang berkaitan dengan kajian ini akan diterangkan. Untuk kajian in, maklumat-maklumat yang relevan adalah tentang fonem-fonem yang tedapat dalam Bahasa Korea dan Bahasa Melayu.

2.2 Umum

Tiada kajian lampau yang telah dijalankan untuk meneliti perbezaan sebutan Bahasa Korea di antar penutur jati dan penutur bukan jati. Akan tetapi, ada beberapa kajian lampau yang telah memberi fokus kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan kajian ini dan boleh dijadikan rujukan untuk kajian ini.

Raja Masittah Raja Ariffin and Siti Saniah Abu Bakar (2012) telah mengkaji isu-isu dan cabaran-cabaran yang dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu untuk penutur asing menurut perspektif pelajar. Mereka melihat bagaimana penutur bukan jati Bahasa Melayu di Fakulti Pengajian Asia Timur di Hankuk University, Korea mempelajari Bahasa Melayu serta memfokuskan kepada sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini. Kajian ini mendapati pelajar dari Korea tidak mempunyai masalah besar dalam memperlajari Bahasa Melayu, tetapi mereka tidak mampu menghasilkan sebutan seperti penutur jati Bahasa Melayu.

Satu lagi kajian yang berkaitan dengan kajian ini ialah Nik Mohd Rahimi, Harun Baharudin, Ghazali Yusri, Kamarul Shukri Mat Teh, dan Mohamed Amin Embi (2010). Mereka mengkaji mengenai sebutan Bahasa Arab oleh penutur jati Bahasa Melayu dan membandingkannya dengan sebutan penutur jati Bahasa Arab. Kajian ini menyimpulkan bahawa terdapat banyak pengaruh pelat Bahasa Melayu yang menyebabkan penutur jati Bahasa Melayu tidak dapat menghasilkan sebutan Bahasa Arab seperti penutur jati Bahasa Arab.

2.3 Khusus

Oleh kerana tiada kajian khusus yang memfokuskan kepada perbezaan sebutan Bahasa Korea di antar penutur jati dan penutur bukan jati, kajian ini sangat perlu dilakukan. Untuk melakukan kajian ini, data-data sistem sebutan bahasa kedua-dua bahasa, iaitu Bahasa Korea dan Bahasa Melayu perlu diteliti dengan terperinci.

Terdapat beberapa fonem dalam Bahasa Korea yang tidak wujud dalam Bahasa Melayu. Begitu juga sebaliknya, terdapat beberapa fonem dalam Bahasa Melayu yang tidak wujud dalam Bahasa Korea.

Fonem-fonem dalam Bahasa Korea.

koreanipacons

konsonan

koreanipavowels

vokal

Fonem-fonem dalam Bahasa Melayu.

malayipacons

konsonan

malayipavowels

vokal

Sumber: http://accent.gmu.edu/browse.php

2.4 Kesimpulan

Dengan ketiadaan kajian perbezaan sebutan Bahasa Korea di antar penutur jati dan penutur bukan jati, kajian ini sangat penting untuk dijalankan supaya perbezaan-perbezaan yang ada boleh diteliti. DalamĀ  Bab 3, kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data akan diterangkan secara jelas dan terperinci.