SoundCloud

SoundCloud adalah sebuah laman sosial yang membolehkan seseorang itu memuat naik lagu yang telah dihasilkan untuk didengari oleh para pengguna. SoundCloud dilihat sebagai medan untuk pemuzik dan penyanyi bebas memaparkan karya mereka, disamping mencari peminat baru tanpa perlu melalui proses-proses yang perlu dilalui oleh pemuzik profesional. Perkhidmatan SoundCloud yang percuma juga menjadi sebab kenapa ramai yang menggunakannya.

SoundCloud juga boleh dimanfaatkan untuk pembelajaran bahasa. Oleh kerana SoundCloud ialah laman web yang berkonsepkan  “perkongsian fail”, pengguna boleh memuat naik rakaman berbentuk lagu, puisi, rakaman dialek atau bahasa untuk digunakan dan dikongsi dimanfaatkan dalam kajian bahasa.

WordPress mempunyai fungsi sokongan penuh dengan SoundCloud. Ini bermakna sebarang fail audio yang telah dimuat naik ke SoundCloud boleh digunakan di WordPress dengan mudah.

Membuat akaun SoundCloud

1) Sebelum menggunakan SoundCloud, pengguna perlu mendaftar di www.soundcloud.com sebagai pengguna. Pengguna boleh mendaftar SoundCloud secara manual atau menggunakan akaun Facebook.

https://blog.soundcloud.com/wp-content/uploads/2012/12/vY4oMlYw2QXzhw2-dQx7itNFHiynVifb4RtV8OEraa4.jpeg

Laman utama SoundCloud

2) Selepas mendaftar masuk, papan pemuka SoundCloud akan terpapar. Di sini, terdapat pelbaga lagu dan rakaman-rakaman pengguna SoundCloud yang boleh dilihat oleh pengguna. Pengguna boleh memainkan apa sahaja lagu yang diingin selain boleh mencari rakan-rakan yang mempunyai akaun SoundCloud dan terus mengikuti perkembangan mereka.

https://i0.wp.com/webmove.org/uploaded_images/2010/03/soundcloud-dashboard.jpg

Papan pemuka akaun SoundCloud

Terdapat banyak lagi ciri-ciri pada SoundCloud seperti “tracks”,  dan “upload and share”.  “Tracks” ialah ciri yang membolehkan sebarang bentuk rakaman,  sama ada lagu, bacaan puisi, runut bunyi dan sebagainya dimuat naik dan dapat dimainkan oleh pengguna-pengguna SoundCloud. “Upload and Share” pula merupakan ciri yang membenarkan pengguna merekod rakaman dan kemudian memuat naik rakaman-rakaman tersebut. Selain itu, rakaman-rakaman tersebut juga boleh dikongsikan ke laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google+, WordPress, Blogspot dan sebagainya.

Sekian untuk entri kali ini. Bertemu lagi dalam entri seterusnya! :)

LAME

LAME ialah singkatan kepada ” Lame Ain’t an MP3 Encoder “. LAME ialah sebuah perisian yang digunakan untuk menukarkan sesuatu rakaman audio ke dalam format MP3.

Secara teknikal, Lame bukanlah sebuah perisian, tetapi lebih kepada ciri tambahan kepada Audacity untuk kerja-kerja memproses fail MP3. Dengan kata lain, sekiranay seseorag itu tidak mempunyai perisian Audacity, dia tidak boleh menggunakan LAME.

Antara kegunaan LAME ialah:

1. Mengubah sebarang fail audio kepada fail MP3.

2. Menukar kualiti fail MP3.

3. Membuat nada dering telefon.

Untuk entri ini, kita akan melihat cara LAME diaplikasikan untuk membuat nada dering telefon.

1) Muat turun Audacity (http://audacity.sourceforge.net/download/) dan LAME (http://lame1.buanzo.com.ar/)

2) Buka fail audio yang dikehendaki.

https://i0.wp.com/en.flossmanuals.net/audacity/exporting/_booki/audacity/static/Audacity-Audacity_open_01_1-en.jpg

3) Potong fail audio yang dikehendaki. Cara memotong audio boleh dilihat di sini

4) Pergi ke menu “File” dan pilih Export as an MP3″. Audacity akan mengesan LAME (seperti rajah di bawah). Namakan fail audio mengikut keinginan anda.

https://i0.wp.com/www.zemirotdatabase.org/lameLibsmall.jpg

5) Hantar fail yang telah disimpan tadi ke telefon bimbit anda. Fail tadi kini boleh digunakan sebagai nada dering.

LAME merupakan sebuah sambungan kepada Audacity yang sangat kompleks. Untuk kajian analisis bahasa, tidak semua fungsi dalam LAME akan digunakan. Fungsi-fungsi lain hanya digunakan oleh golongan profesional yang bekerja dengan bunyi, seperti pemuzik, jurutera bunyi, pengarah akustik dan lain-lain. Akan tetapi, tiada salahnya kita mempelajari cara asa penggunaan LAME kerana ia banyak membantu dalam kajian analisis bahasa.

Sekian untuk entri kali ini. Bertemu lagi dalam entri seterusnya! :)

Audacity

Audacity ialah sebuah perisian perakam dan pengedit audio yang sangat berguna untuk sesiapa yang melakukan kerja-kerja berkaitan dengan audio. Perisian ini boleh didapati secara percuma. Walaupun ianya merupakan sebuah perisian tidak berbayar, namun kemampuannya untuk melakukan pelbagai tugas-tugas berkaitan audio adalah sangat mengagumkan. Audacity mampu untuk menganalisis apa juga jenis rakaman, sama ada berbentuk lagu, rakaman perbualan dan sebagainya. Audicity juga boleh digunakan untuk memotong rakaman yang terlalu panjang dan menjadikannya bahagian-bahagian yang lebih pendek jangka masanya.  Antara fungsi-fungsi Audicity ialah:

1. Merakam audio secara langsung.

2. Menukarkan rakaman biasa ke dalam bentuk rakaman digital seperti CD.

3. Menukarkan kelajuan atau kenyaringan bunyi sesuatu rakaman

Antaramuka Audacity agak mengelirukan bagi pengguna baru, jadi seseorang yang belum pernah menggunakannya mungkin memerlukan sedikit bantuan dan latihan sebelum boleh menggunakan Audacity secara efektif.

Untuk memuat turun Audacity, pengguna perlu ke laman web http://audacity.sourceforge.net/download/ . Versi terbaru Audacity ialah versi 2.0.3 dan boleh digunakan di pelantar Windows, Mac, atau Linux.

Cara-cara mengedit fail audio menggunakan Audacity.

1)Buka fail audio yang dikehendaki.

https://i0.wp.com/en.flossmanuals.net/audacity/exporting/_booki/audacity/static/Audacity-Audacity_open_01_1-en.jpg

2) Baiki fail audio anda. Sekiranya audio itu terlalu panjang, anda boleh membuang bahagian yang tidak dikehendaki dengan cara berikut: Gunakan “Selection Tool” dari toolbar. Pilih bahagian yang hendak digunakan. Pilih “Loop Playback” ( kekunci Shift-Space) dan dengar pilihan anda untuk memastikan ianya telah dipilih dengan betul. Pergi ke menu Edit, pilih “Remove Audio”, kemudian pilih “Trim” (kekunci CTRL+T ). Bahagian yang tidak dipilih akan dibuang dan hanya bahagian yang dikehendaki akan tinggal.

3) Tukar kelajuan audio. Tarik “Playback Speed slider” ke kiri untuk memperlahankan audio dan ke kanan untuk melajukannya. Apabila kelajuan yang dikehendaki telah dipilih, tekan butang hijau “Playback at Speed”. Audio kini telah berubah ke kelajuan yang dikehendaki.

4) Pilih cara melihat audio. Cara asal ialah linear. Audio juga boleh dilihat secara waveform (dB), spektogram atau nada.

Ini adalah audio yang dilihat secara spektogram.

5) Menyenyapkan audio. Jika terdapat lebih dari satu audio yang sedang dimainkan, klik butang “Mute” di kawasan “Track control”  di sebelah kiri skrin.

Banyak lagi fungsi yang dimiliki oleh Audacity. Bergantung kepada jenis data, kaedah analisis, tujuan kajian, dan sebagainya, tidak semua fungsi Audacity perlu digunakan. Apa yang dipertontonkan dalam entri ini adalah sebahagian kecil kegunaan Audacity.

Sekian untuk entri kali ini. Bertemu lagi dalam entri seterusnya! :)

Audio

Audio – Audacity, Lame dan SoundCloud

Untuk kursus SKBP 1023, terdapat tiga perisian/laman web yang akan digunakan: Audacity, Lame dan SoundCloud. Kita akan melihat secara lebih terperinci tentang ketiga-tiga bahan ini dalam entri-entri yang akan datang. Untuk kali ini, kita akan membincangkan kepentingan audio dalam kajian bahasa.

Secara ringkas, penggunaan bahan-bahan ini dapat membantu dalam pembelajaran bahasa. Telah dinyatakan sebelum ini bahawa penggunaan komputer telah memudahkan proses mengkaji dan menganalisis data bahasa. Penggunaan Audicity, Lame dan SoundCloud untuk menganalisis rakaman ucapan atau kata-kata yang diungkap oleh responden adalah satu cara yang baik kerana ianya lebih mudah dan cepat.

Selain itu, output yang dihasilkan oleh ketiga-tiga bahan ini lebih mudah disimpan dan seterusnya diterbitkan di laman web atau blog penganalisis data tersebut. Ini memudahkan sesiapa yang dengan dapatan analisis kajian ini untuk melihat dapatan tersebut.

Sekian untuk entri kali ini. Bertemu lagi dalam entri seterusnya! :)

EDIT: Pautan untuk artikel mengenai Audacity, LAME dan SoundCloud